Monday, August 17, 2015

UJIAN DAN DUGAAN ADA HIKMAHNYA

Manusia itu tidak akan pernah merasai keperitan hidup seandainya Allah S.W.T tidak mencampakkan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ke bumi. Jika difikirkan balik sungguh kecil sebab mengapa mereka dicampakkan ke bumi hanya kerana sebiji buah khuldi yang dimakan oleh Nabi Adam a.s dan Siti Hawa mereka dimurkai olehNya.


Percaturan Allah S.W.T itu sungguh ajaib sehinggakan ia tidak pernah terlintas difikiran manusia.

Perlukah kita kecewa seandainya apa yang diimpikan oleh kita tidak tercapai? Sehinggakan kita merasai bahawa dunia ini tidak menyebelahi kita sedikit pun dan mulalah kita putus harapan sehingga tidak lagi berusaha berjuang untuk hidup. 

Bukankah Allah telah memberi kita akal untuk berfikir? Seharusnya kita bangkit dari kekecewaan kerana setiap duka yang dialami adalah ujian kepada kita. Seandainya kita tidak diuji olehnya, kita akan merasa sungguh selesa di bumi Allah S.W.T dan sampai suatu masa tiada bezanya kita dengan orang kafir. Maka seharusnya kita bersyukur kerana Allah S.W.T telah memilih dan menyedarkan kita dari tidur yang sangat lena. Bersyukurlah wahai manusia kerana keperitan itu ada hikmahnya. Yakinlah bahawa Allah S.W. itu ada disamping kita dan kita sebagai umatnya, hanya perlu mendekatkan diri denganNya . Mengadulah dengan Allah S.W.T kerana Dia Maha Mendengar .

SEDARLAH BAHAWA ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANMU WAHAI MANUSIA.

No comments:

Post a Comment