Sakit,sungguh sakit hati ini bila dikecewa,ditipu dan berbagai lagi yang mebuatkan kita jatuh tersungkur, Kematangan seseorang itu berdasarkan pengalaman mereka. Bagaimana mereka bertindak saat dicabar,dihina,dicaci dan dimaki.
Dendam ? Perlukah ada bagi orang yang matang dalam menghadapi ujian?
Orang kata kita kuat menghadapi segala musibah tapi pada masa yang sama mulut itu sering bercerita tentang keburukan orang. Bila hati telah sakit, mahu saja dibalas apa yang telah kita rasai. Itulah manusia. Tetapi tidak terfikirkah akan dikau betapa semakin gelapnya hati seseorang itu jika adanya sifat dendam ? Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan ?
Mengapa tidak kita memaafkan sahaja dan melupakan sahaja apa yang terjadi ?
Sedangkan Allah S.W.T juga mengampunkan hambanya yang tidak pernah sujud kepadaNya.
Mahukah kamu menjadi seorang yang sombong sehingga hati itu telah menjadi hitam ?
Dan bila hitamnya segumpal daging yang selama ini bersatu bersama jasad dan roh, jangan haraplah kita akan menerima pendapat dan nasihat orang lain malah ego juga semakin bersarang dalam hati itu.
Sungguh manusia itu tidak layak sama sekali untuk memakai pakaian Allah S.W.T iaitu SOMBONG.
No comments:
Post a Comment