Sakit,sungguh sakit hati ini bila dikecewa,ditipu dan berbagai lagi yang mebuatkan kita jatuh tersungkur, Kematangan seseorang itu berdasarkan pengalaman mereka. Bagaimana mereka bertindak saat dicabar,dihina,dicaci dan dimaki.
Dendam ? Perlukah ada bagi orang yang matang dalam menghadapi ujian?
Orang kata kita kuat menghadapi segala musibah tapi pada masa yang sama mulut itu sering bercerita tentang keburukan orang. Bila hati telah sakit, mahu saja dibalas apa yang telah kita rasai. Itulah manusia. Tetapi tidak terfikirkah akan dikau betapa semakin gelapnya hati seseorang itu jika adanya sifat dendam ? Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan ?
Mengapa tidak kita memaafkan sahaja dan melupakan sahaja apa yang terjadi ?
Sedangkan Allah S.W.T juga mengampunkan hambanya yang tidak pernah sujud kepadaNya.
Mahukah kamu menjadi seorang yang sombong sehingga hati itu telah menjadi hitam ?
Dan bila hitamnya segumpal daging yang selama ini bersatu bersama jasad dan roh, jangan haraplah kita akan menerima pendapat dan nasihat orang lain malah ego juga semakin bersarang dalam hati itu.
Sungguh manusia itu tidak layak sama sekali untuk memakai pakaian Allah S.W.T iaitu SOMBONG.
Monday, August 17, 2015
UJIAN DAN DUGAAN ADA HIKMAHNYA
Manusia itu tidak akan pernah merasai keperitan hidup seandainya Allah S.W.T tidak mencampakkan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ke bumi. Jika difikirkan balik sungguh kecil sebab mengapa mereka dicampakkan ke bumi hanya kerana sebiji buah khuldi yang dimakan oleh Nabi Adam a.s dan Siti Hawa mereka dimurkai olehNya.
Percaturan Allah S.W.T itu sungguh ajaib sehinggakan ia tidak pernah terlintas difikiran manusia.
Percaturan Allah S.W.T itu sungguh ajaib sehinggakan ia tidak pernah terlintas difikiran manusia.
Perlukah kita kecewa seandainya apa yang diimpikan
oleh kita tidak tercapai? Sehinggakan kita merasai bahawa dunia ini tidak
menyebelahi kita sedikit pun dan mulalah kita putus harapan sehingga tidak lagi
berusaha berjuang untuk hidup.
Bukankah Allah telah memberi kita akal untuk
berfikir? Seharusnya kita bangkit dari kekecewaan kerana setiap duka yang dialami
adalah ujian kepada kita. Seandainya kita tidak diuji olehnya, kita akan merasa
sungguh selesa di bumi Allah S.W.T dan sampai suatu masa tiada bezanya kita dengan
orang kafir. Maka seharusnya kita bersyukur kerana Allah S.W.T telah memilih dan
menyedarkan kita dari tidur yang sangat lena. Bersyukurlah wahai manusia kerana
keperitan itu ada hikmahnya. Yakinlah bahawa Allah S.W. itu ada disamping kita dan
kita sebagai umatnya, hanya perlu mendekatkan diri denganNya . Mengadulah
dengan Allah S.W.T kerana Dia Maha Mendengar .
SEDARLAH BAHAWA ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANMU
WAHAI MANUSIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)